Wednesday, May 30, 2018

Kanser yang tidak lagi membunuh - Keladi tikus penawar kanser

Penawar Kanser Semulajadi Efektif
(Keladi Tikus, Typhonium Flagelliforme, Rodent Tuber, Laoshu Yu)
Setiap artikel di dalam laman web ini adalah hasil kajian yang disertakan dengan rujukan,

sila klik pautan yang telah disediakan untuk rujukan selanjutnya.


Artikel  Keladi Tikus (Typhonium Flagelliforme) Asli Malaysia.

(Arkib Utusan 17/8/1998)

Keladi tikus (Typhonium flagelliforme, Rodent tuber).
Keladi tikus adalah nama yang kurang dikenali di rantau ini, terutamanya kita di Malaysia, tetapi pada negara luar, herba telah dikenali sebagai salah satu daripada herba besar yang telah berjaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti keputihan, buasir, sakit gigi, radang paru-paru, sakit dada akibat merokok, termasuklah penyakit yang menjadi pembunuh nombor dua dunia iaitu kanser. Tidak hairanlah jika kata kunci keladi tikus dibuat pada carian internet, banyak daripada hasil carian adalah datang daripada penulisan daripada pelbagai jenis bahasa, ini kerana terdapat beberapa kajian serta tesis lengkap telah dibuat terhadap herba ini (rujukan) serta penggunaan herba ini, terutamanya pada rantau nusantara telah terbukti amat mujarab bagi mengubati beberapa penyakit kronik kerana pada dasarnya, herba Keladi tikus mempunyai beberapa komponen aktif yang amat diperlukan oleh tubuh untuk mencegah serta merawat penyakit kronik, sehinggakan ada yang sanggup datang daripada luar negara seperti New Zealand, Filipina, Amerika Syarikat serta Australia semata-mata untuk mendapatkan herba ini semata-mata atas tujuan perubatan, terutamanya untuk penyakit kanser payudara, leukemia serta kanser servik (rujukan: Utusan Malaysia)
Petikan dari: Medicinal Plants in Australia Volume 3: Plants, Potions and Poisons.
Oleh: Cheryll Williams - Rujukan.


Anti Kanser.Herba Keladi tikus telah menjalani beberapa peringkat kajian oleh universiti tempatan dan juga luar negara dan merupakan herba yang tergolong dalam kategori yang agak cepat kesannya pada tubuh, proses penyembuhannya dapat dirasakan seawal 4 jam bagi mereka yang menggunakannya bagi merawat sakit dada (paru-paru) akibat merokok, walau bagaimanapun, kesannya pada pesakit kanser adalah berbeza kerana, masa yang diperlukan oleh pesakit kanser adalah sekitar 6 hingga ke 12 bulan, malah ada yang lebih daripada itu, ini bergantung kepada tahap sesuatu kanser yang ada pada seseorang pesakit. Jika kanser itu sudah mencapai tahap metastasis, iaitu tahap 3 dan keatas, sudah membesar dan mempunyai keupayaan untuk merebak ke tempat lain, maka masa yang diperlukan adalah lebih berbanding dengan kanser yang masih berada pada tahap 1 atau 2. Penggunaan herba keladi tikus ini tidak hanya terhad kepada beberapa jenis kanser sahaja, kandungan anti-oksidanya yang tinggi juga telah banyak membantu pesakit yang mengidap kanser paru-paru, prostat, limphoma dan juga kanser tulang dimana pada peringkat awal ianya akan menyekat perkembangan sel kanser daripada terus berkembang dan merebak ke tempat yang lain.

Sebuah journal yang telah dikeluarkan oleh J. Pharm (India) berkaitan dengan herba Keladi tikus (Typhonium flagelliforme) - Rujukan


Keladi tikus (Rodent tuber, Laoshu yu)
Keladi Tikus atau nama saintifiknya; Typhonium flagelliforme adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai komponen aktif bagi merawat beberapa jenis penyakit. Terdapat beberapa penulisan yang membahaskan tentang keupayaan yang ada pada keladi tikus, baik dari sudut negatif mahupun positif. Sinonim dengan kanser, tumbuhan ini telah mula menarik perhatian pengamal perubatan alternatif dan mereka yang mencari kaedah rawatan berasaskan herba. Menurut sebuah artikel yang dikeluarkan oleh Utusan bertarikh 17/8/1998 menunjukkan bahawa, keladi tikus mempunyai komponen yang bukan sekadar merawat, tetapi juga mencegah kanser daripada terus merebak. (rujukan).

Apabila mencapai tahap matang, Keladi Tikus yang juga dikenali dengan nama Rodent Tuber, Tu Ban Xia atau Lao Shu Yu ini akan berbunga. Bentuk bunganya yang seakan-akan ekor tikus menyebabkan ia mendapat gelaran Keladi Tikus. Termasuk dalam kategori Araceae, berketinggian antara 25 hingga 30cm, Keladi Tikus biasanya tumbuh di dalam habitat lembap yang tidak terkena cahaya matahari secara langsung. Berdaun hijau terang, bulat dan hujung runcing berbentuk seperti daun sirih, ianya boleh dijumpai di sekitar asia tenggara dan biasanya tumbuh di kawasan hutan dara berpaya yang mempunyai tahap kelembapan (humidity) tinggi serta jauh daripada capaian manusia. Herba Keladi tikus yang ada di Malaysia adalah datang daripada spesis Araceae yang tergolong dari keluarga Arum, salah satu cabang daripada genetik keluarga keladi yang mengeluarkan bunga.

Rujukan: Dr Lai Choon Sheen (USM Pulau Pinang, rujuk Publication 2009 dan 2010)

Kajian Makmal.
Sebuah artikel, hasil penelitian Universiti Sains Malaysia (USM) berkaitan kemampuan Keladi Tikus melawan sel kanser bertarikh 2/6/2008 telah diterbitkan, yang ditulis semula, dengan izin: "Several fractions of the Hexane and Dichloromethane extracts were found to inhibit the growth of NCI-H23.." dimana NCI-H23 adalah dirujuk kepada sel kanser, kajian ini menunjukkan Hexane dan Dichloromethane yang terdapat pada pokok Keladi Tikus telah mewujudkan persekitaran yang kurang sesuai bagi kanser untuk berkembang (rujukan). Pengguna dinasihatkan supaya mengenali herba Keladi tikus dengan lebih terperinci sebelum menggunakannya, ini kerana, dikhuatiri jika tersalah pilih, akan mendapatkan pokok yang tidak dapat memberikan khasiat penyembuhan yang sepatutnya, ini kerana pokok herba keladi tikus yang tumbuh di Malaysia ini mempunyai lebih dari 60 jenis keladi lagi dari cross species yang hampir sama yang tumbuh meliar di Myanmar, Filipina, Sri Lanka, Thailand, New Guinea dan pada beberapa buah negara lagi, oleh itu, pengalaman serta penelitian adalah sangat penting bagi memastikan ianya adalah datang dari spesis Araceae yang biasanya digunakan dalam bidang perubatan, rujuk Typhonium. (rujukan).
Keladi tikus juga telah mendapat liputan daripada akhbar berbahasa cina tempatan, Sin Chew Daily menunjukkan herba ini juga amat sinonim dengan masyarakat Cina, terutamanya bagi merawat kanser.

Beberapa artikel telah diterbitkan untuk menunjukkan fungsi penggunaan herba keladi tikus bagi merawat pelbagai jenis kanser, ini berikutan dengan hasil daripada tindak balas Ribonsome inactivating protein yang berfungsi sebagai pemacu tindakbalas toksin di dalam tubuh, yang juga dikenali dengan nama Immunotoxin yang merupakan salah satu penyebab utama kemusnahan sel kanser disamping anti oksida yang tinggi yang menjadi pelindung kepada sel-sel lain yang masih belum terkena jangkitan. Herba keladi tikus yang dikeringkan di bawah sinaran matahari biasanya mempunyai bau yang kuat serta mampu bertahan sehingga 3 tahun daripada tarikh ianya dikeringkan.

Selain daripada digunakan untuk merawat kanser, herba keladi tikus juga digunakan sebagai pembersih paru-paru, terutamanya bagi mereka yang merokok dan yang terdedah kepada udara kotor secara berterusan. Sifat kegunaan sebagai pembersih paru-paru ini dijelaskan secara spesifik pada awal journal yang diterbitkan oleh Scientific Research and Essays, Bilangan. 6(15), PP 3232-3239, yang diterbitkan pada 11 Ogos, 2011 yang bertulis " Typhonium flagelliforme (Araceae) is an indigenous medicinal plant of Malaysia which is endowed with curative properties against a variety of illness including injuries, oedema, coughs, pulmonary ailments, bleeding and cancer.." terjemahan: Keladi Tikus (Araceae) adalah tumbuhan ubatan asli Malaysia yang dikurniakan dengan sifat-sifat penyembuhan terhadap pelbagai penyakit termasuk kecederaan, edema (sembab), batuk, penyakit paru-paru, pendarahan dan kanser (rujukan), disamping melindungi kawasan sekitar yang masih belum tercemar. Berikutan dengan ini, pembersihan paru-paru dapat dilakukan tanpa perlu menyedut ubatan kimia yang mempunyai kesan sampingan seperti pengecutan pada saluran udara yang sedia ada. Tindakan awal bagi membuang mendapan tar yang terdapat pada paru-paru juga dapat mengurangkan risiko terjadinya serangan kanser, terutama bagi mereka yang merokok dan yang terdedah kepada asap rokok secara tidak langsung.

Keladi tikus merupakan herba yang kuat (potent) bagi merawat hampir kesemua jenis kanser dan artikel mengenainya telah pun disiarkan oleh beberapa akhbar, termasuk akhbar berbahasa inggeris dan juga cina tempatan.

Hasil Analisis
Kajian terkawal (controlled study) terhadap keladi tikus telah dilakukan pada skala besar dan membabitkan beberapa institusi pengajian tinggi awam tempatan seperti:

  • Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (rujukan)
  • Universiti Putra Malaysia, Serdang (rujukan, rujukan)
  • Universiti Malaya, Kuala Lumpur (rujukan)
  • Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru (rujukan)

dan juga luar negara. Penelitian ini telah membuktikan keupayaan yang terdapat pada keladi tikus didalam merawat kanser, sekaligus menjadi bukti bahawa herba keladi tikus (typhonium flagelliforme) ini adalah sejenis herba yang benar-benar mempunyai nilai anti kanser yang tinggi dan tidak hanya mitos semata-mata. Kepenggunaan herba keladi tikus, terutamanya di sekitar asia tenggara tidaklah begitu meluas, ini kerana herba ini telah mengalami kepupusan dan tidak ramai yang mengetahui khasiatnya menjadikan akses kepadanya menjadi agak terhad.

Keratan menunjukkan kaedah rawatan mahal tidak semestinya mampu merawat kanser yang ada, jika tidak disertakan dengan rawatan pelengkap.
Mereka yang menggunakan Keladi tikus (dibawah) dilihat mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk sembuh, berbanding mereka yang tidak.

Mereka yang mengamalkan herba keladi tikus bersama dengan rawatan moden menunjukkan kesan penyembuhan yang cepat berbanding dengan mereka yang hanya menjalani kimoterapi sahaja, dan dengan penggunaan berterusan, Keladi tikus mampu menyembuhkan kanser sekaligus menghalang saki baki sel yang ada daripada terus merebak (metastasis) kepada bahagian yang lain di dalam tubuh, selain itu ianya mampu melindungi tubuh daripada kesan sampingan kimoterapi seperti keguguran rambut, penyusutan berat badan, keguguran gigi, kehilangan selera makan serta pengurangan tenaga. Selain daripada membunuh kanser (tumor) utama, penggunaan keladi tikus yang konsistan mampu melindungi tubuh pesakit daripada risiko terjadinya serangan kanser untuk kali kedua dan seterusnya.

Bermula dari tahun 2009 sehingga 2016, statistik herba keladi tikus di Malaysia telah berjaya membantu merawat lebih dari 8000 pesakit secara keseluruhan (termasuklah pengguna dari luar negara). Kebanyakkan daripada mereka yang telah sembuh sepenuhnya ini adalah mereka yang menggunakan kapsul keladi tikus lebih dari 1 tahun setengah (18 bulan dan keatas) bahkan ada yang menggunakannya sehingga 5 tahun dan telah disahkan bebas sepenuhnya daripada kanser (Tuan Hady Ismail, pesakit kanser buah pinggang).

Penggunaan Keladi tikus
Keladi tikus mempunyai Ribosome-Inactivating Proteins, sejenis protein yang hadir sebagai salah satu mekanisma pertahanan bagi tumbuhan ini, namun kajian yang dilakukan menunjukkan ianya juga mampu merawat kanser terus dari dalam sel. Keratan artikel perubatan menunjukkan selain daripada menyembuhkan kanser, ianya juga mampu merencatkan pertumbuhan pelbagai jenis kanser, keupayaan Ribosome-Inactivating Proteins ini telah dikaji di Cina dan juga Itali.

Herba merawat kanser
Herba keladi tikus telah banyak membantu pesakit merawat kanser yang dihidapi, namun berita mengenai kemampuannya telah disekat daripada capaian masyarakat, sekatan terhadap laman web serta laman berinfomasi yang lain menjadikan maklumat mengenainya kurang diketahui umum. Kemampuan herba Keladi tikus di dalam merawat kanser mula diberi perhatian selepas terdapat pesakit yang telah berjaya sembuh sepenuhnya selepas menggunakan herba ini. Pada tahun 1994 di mana sebuah artikel telah diterbitkan oleh akhbar Berita Minggu (Malaysia) mengenai kelebihan herba ini, rentetan daripada itu beberapa journal perubatan dari luar negara turut sama menerbitkan artikel mengenai kewujudan anti kanser yang terdapat pada Keladi tikus, artikel diterbitkan di dalam bahasa inggeris.

Kanser bukanlah sejenis penyakit yang mampu disembuhkan dengan mudah, disebabkan itulah setiap pesakit yang telah menjalani rawatan kimoterapi disarankan pula agar menggunakan ubat yang dibekalkan setiap hari, samada dalam bentuk pil atau cecair, hal ini kerana saki baki kanser akan tetap berada di dalam tubuh pesakit sehinggalah pesakit meninggal dunia samada disebabkan oleh serangan kanser buat kali kedua atau disebabkan oleh kesan sampingan daripada ubat moden yang digunakan. Kanser biasanya akan kembali aktif dalam tempoh 3 hingga ke 5 tahun selepas kemoterapi, namun ianya boleh dikawal perkembangannya, yang menjadikan kanser membesar sehingga menyerang bahagian lain adalah disebabkan ianya tidak dikawal, faktor pemakanan, persekitaran, penggunaan ubat yang tidak sesuai serta gaya hidup yang tidak sihat amat menyumbang kepada serangan untuk kali kedua.

Ramai pesakit yang tewas walaupun telah menjalani rawatan moden, rujuk statistik kematian pesakit kanser.

Pemakanan membentuk kanser
Pemakanan yang tidak sihat terutamanya, merupakan penyumbang tertinggi kepada pembentukan kanser di dalam tubuh, makanan yang mempunyai pengawet yang tinggi, seringkali menjadi pilihan berikutan rasanya yang lazat, tahan lama serta mudah disediakan, namun kandungan yang ada padanya sedikit sebanyak menyumbang kepada perkembangan kanser di dalam tubuh sehingga pada akhirnya, disebabkan kelazatan inilah yang menjadikan kita merana seumur hidup. Pemakanan yang seimbang perlu diamalkan agar kita tidak meracuni tubuh sendiri, sayuran yang ditanam dan diurus secara organik pula amat disarankan. Penggunaan herba yang mampu mencegah kanser pula dilihat menjadi benteng yang dapat menghalang pembentukkan kanser, namun penggunaannya perlulah berpanjangan agar pengguna berupaya mewujudkan suasana yang kurang sesuai untuk kanser terbentuk di dalam tubuh.

Tidak ramai yang mengetahui tentang herba keladi tikus ini, namun sekitar tahun 80an, ianya menjadi salah satu daripada herba yang digunakan bagi merawat kanser di sekitar Pulau pinang oleh penduduk yang berketurunan cina di sana, oleh kerana keberkesanannya, ia digunakan dengan lebih meluas hingga ke Selangor, Melaka dan Johor. Keladi tikus yang digunakan di Malaysia adalah datang daripada pokok utama di bawah baka Araceae dari keluarga Arum. Tinggi dengan kandungan Ribosome-inactivating protein yang dapat merawat kanser, herba Keladi tikus ini menjadi antara tumbuhan liar yang direkodkan datanya bermula dari daun, bunga, batang hingga ke akar bagi mengelakkan kekeliruan dengan tumbuhan natif yang lain.